BDR: Kerajaan jimat hampir RM6 juta subsidi petrol setakat hari ini - KSN

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 3:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BDR: Kerajaan jimat hampir RM6 juta subsidi petrol setakat hari ini - KSN

PUTRAJAYA, 23 JUN: Pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) berjaya menjimatkan RM5.98 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 3.13 juta liter setakat ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya, beliau berkata data terkini itu direkodkan hingga hari ini sejak pelaksanaan inisiatif itu bermula 15 April lepas, sekali gus membantu kerajaan menangani bebanan kewangan ekoran daripada krisis bekalan global.

Image from: BDR: Kerajaan jimat hampir RM6 juta subsidi petrol setakat hari ini - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Foto BERNAMA

“Dalam Mesyuarat Kerajaan Digital yang saya pengerusikan pagi ini, saya turut dimaklumkan sistem pemantauan operasi tugas iaitu aplikasi SPOT-Me, yang merekodkan kehadiran serta catatan tugasan harian telah berjaya berfungsi sebagai mekanisme kawalan digital bagi memastikan integriti perkhidmatan awam kekal terpelihara,” katanya.

Pada 26 Mei lepas, media melaporkan kerajaan berjaya menjimatkan RM4.22 juta subsidi petrol RON95 bersamaan 2.14 juta liter.

Pada mesyuarat itu juga, Shamsul Azri berkata beliau turut dimaklumkan bahawa Malaysia telah berada pada kedudukan ke-13 dunia dalam faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang dikeluarkan Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) baru-baru ini.

“Pencapaian ini adalah lonjakan berganda berbanding kedudukan ke-25 tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan pada masa depan adalah memperkukuh kedaulatan data, adaptasi kecerdasan buatan (AI) yang selamat, integrasi MyDigital ID serta pentadbiran tanpa kertas yang lebih cekap bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat memberi nilai sebenar seiring aspirasi Malaysia MADANI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved