“Be Smart Leona” – Muat Naik Imej Seksi, Azhar Sulaiman Titip Nasihat Buat Leona

Entertainment
9 Dec 2022 • 10:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Leona sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik gambar menunjukkan dirinya berpakaian seksi di Instagram.

Tindakan Leona yang memuat naik beberapa keping gambar menampakkan lurahnya itu bukan sahaja mendapat kecaman warganet malah turut dibanjiri dengan komen-komen yang tidak sepatutnya daripada netizen.

image is not available

Azhar Sulaiman titip nasihat buat Leona

Sedar perkara itu menjadi bualan warganet, bapa kepada Leona yang juga merupakan pelakon, Azhar Sulaiman tampil memuat naik kata-kata nasihat buat anaknya itu menerusi satu hantaran di Instagram.

image is not available

Dear Leona, some people memang sengaja tunggu you buat posting dengan sexy outfit and kutuk you and me and our family.

So jangan jadi bahan cemuhan orang ramai with your sexy outfits segala.

Azhar juga berpesan agar Leona untuk sentiasa bertindak bijak dan tidak terlalu ketagih dengan godaan sebegitu.

Be smart Leona, don’t get stuck by temptation.

Namun begitu, difahamkan kedua-dua posting dibuat Leona dan Azhar Sulaiman telah pun dipadam.

Kredit: Instagram Leona | Instagram Azhar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media