Muat Naik Gambar Anggota Tentera Sebiji Muka Sendiri, Shuib Tanam Impian Nak Jumpa Abang Askar

Entertainment
8 Dec 2022 • 10:02 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu ada memuat naik gambar seorang anggota tentera menerusi hantaran yang mencuri tumpuan warganet.

Menerusi hantaran dimuat naiknya itu, Shuib memaklumkan bahawa anggota tentera tersebut bukanlah dirinya meskipun mempunyai raut wajah yang lebih kurang sama dengan dirinya.

Yeeeeee macammmm samaaa, tapiiii bukannnnnn, salahhhh salahhhh.

Dalam pada itu, Shuib juga menanam hasrat untuk berjumpa dengan abang askar tersebut dengan meminta warganet untuk memetik nama anggota tentera itu di ruangan komennya.

Ade yg kenal ke Abang ni? tolong tag dia please, teringin nak jumpa.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut dan bersetuju bahawa raut wajah anggota tentera itu persis seperti Shuib.

image is not available

image is not available

image is not available

Hahaha boleh tahan sama juga muka diorang berdua ni.

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media