Beats Fit Pro Ditawarkan Dalam Tiga Warna Baharu – Tidal Blue, Coral Pink, Volt Yellow

TechnologyDigital
22 Feb 2023 • 5:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Fon telinga nirwayar Beats Fit Pro dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu dengan pilihan warna seperti Beat Black, Beats White, Stone Purple dan Sage Gray. Ia boleh dibeli dengan harga RM929 untuk satu set lengkap menerusi pengedar sah Apple di seluruh Malaysia – sama ada secara dalam talian atau luar talian.

Dalam perkembangan baharu, tiga lagi pilihan warna baharu diberikan untuknya yang terdiri dengan Tidal Blue, Coral Pink dan Volt Yellow. Ini sekaligus menjadikan fon talinga nirwayar ini boleh didapati dalam tujuh pilihan kemasan warna kesemuanya. Semakan kami juga mendapati ia telah disenaraikan menerusi laman web rasmi Apple Malaysia dengan harga yang sama, iaitu RM929 untuk set lengkap.

image is not available

Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan mengenai ketersedian kerana ia masih disenaraikan sebagai produk yang akan datang. Kita boleh menyasarkan pihak Apple akan berkongsi dengan lebih lanjut dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved