Beats Studio Buds+ Kini Rasmi Dengan Tubuh Lutcahaya Dan Bateri Hingga 36 Jam

TechnologyDigital
18 May 2023 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beats Studio Buds+ ialah fon telinga generasi yang diberi beberapa penambahbaikan utama menurut Apple. Ini termasuklah sokongan pembatalan hingar aktif yang dipertingkatkan, hayat bateri lebih tahan lama dan tubuh lutcahaya serba baharu.

image is not available

Perubahan paling jelas sudah semestinya pada rupa keseluruhannya dengan tubuh lutcahaya. Ini merupakan pilihan baharu lebih menonjol berbanding dua lagi pilihan warna lain seperti emas dan hitam.

Apple juga mendakwa kira-kira 95% daripada komponen dalaman Beat Studios Buds+ adalah serba baharu. Antaranya seperti sokongan mikrofon telah dinaikraf yang mana kini tiga kali lebih besar untuk bunyi lebih baik. Dalam masa sama Apple turut menaiktaraf kebolehan pembatalan hingar aktif dan Transparency Mode pada fon telinga baharu ini.

image is not available

Sokongan Audio Spatial Dolby Atmos turut diberikan tanpa fungsi penjejakan kepala seperti yang terdapat pada Beats Fit Pro sebelum ini. Ia juga menggunakan cip “Beats Proprietary Platform” tersesuai yang menawarkan lebih banyak ciri seperti sokongan Hey Siri, Apple Find My dan pertukaran peranti automatik melalui iCloud.

Bateri diberikan mampu bertahan 9 jam atau 36 jam dengan bantuan pod pengecas. Ini dilihat lebih baik berbanding generasi sebelum ini yang boleh digunakan sehingga 8 jam atau 24 jam dengan pod pengecasan. Kemampuan kalis air IPX4 turut diberikan menjadikannya sesuai digunakan sewaktu bersenam.