Beban Buat Rakyat Sabah Sarawak, Harga Tiket Sempena Aidilfitri Naik Hingga 400 Peratus

6 Mar 2023 • 1:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Naik sehingga 400 peratus?

Beban Buat Rakyat Sabah Sarawak, Harga Tiket Sempena Aidilfitri Naik Hingga 400 Peratus. Bebanan kewangan yang meruncing selain harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi menyebabkan ramai golongan perantau dari Sabah dan Sarawak terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Paling terkesan adalah mereka yang sudah berkeluarga apabila perlu berbelanja besar termasuk untuk membeli tiket mahal yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan.

Beban Buat Rakyat Sabah Sarawak, Harga Tiket Sempena Aidilfitri Naik Hingga 400 Peratus. Kredit: Kosmo

Berdasarkan laporan di laman sesawang syarikat penerbangan komersial baru-baru ini mendapati, tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak meningkat lebih 400 peratus menjelang perayaan yang bakal diraikan oleh seluruh umat Islam.

Terbang duit gaji sebulan tambang pesawat naik

Malah, persatuan pengguna menerima lebih 1,000 aduan setiap tahun ketika musim perayaan terutama berkaitan isu kenaikan harga tiket penerba­ngan yang terlalu mendadak sehingga menghalang mereka untuk pulang beraya di kampung.

image is not available

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, paling serius adalah isu harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang dianggap tidak masuk akal.

“Harga tiket untuk melancong ke Australia pun tidak semahal ke Sabah dan Sarawak. Isunya adalah lokasi yang dituju itu adalah dalam negara,”‘ katanya dengan nada kesal.

Baca lagi artikel terkini: