
Warga asing buat hal lagi? Sebuah video menerusi aplikasi TikTok mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna dikenakan caj parkir kenderaan di tepi jalan dengan harga tidak masuk akal di sekitar Zoo Negara.
Video tular yang dimuat naik oleh @mrredzul, memaparkan dua orang warga asing meminta bayaran RM10 kepadanya yang meletakkan kenderaan di sekitar bahu jalan kawasan tersebut.
Dapat dilihat, salah seorangnya memegang resit bayaran parkir. Jelas perakam, kenderaan tidak dibenarkan menunggu di sekitar kawasan itu tetapi meletakkan kenderaan dibolehkan.
@mrredzul Di tepi jalan sekitar Zoo NEGARA. menunggu tidak boleh ? parking boleh , RM 10 ! @mpajofficial #fypシ゚viral #fypシ #fypindonesia #fypage #fypageシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #fypforyou #fypforyoupage #fypinfo #fypsounds #fypsarawak #fypmalaysia #fyptiktok #fypdongggggggg #fyp
“Parkir tepi jalan, area Zoo Negara arahan daripada pihak Zoo Negara mohon Majlis (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) siasat,” katanya.
Dia meminta agar pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya jika benar pihak Zoo Negara mengenakan caj tersebut seperti yang didakwa warga asing terbabit.
“Dah lama perkara ni berlaku”
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya mempersoal tindakan warga asing terbabit dan meminta agar pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap isu tersebut.
Ada netizen mengatakan hal itu sudah lama berlaku dan berasa pelik parkir di tepi jalan dikenakan bayaran walaupun tiada petak parkir dan jauh dari pintu masuk Zoo Negara.

Selain itu, ada juga mendakwa dikhuatiri caj parkir yang dikenakan adalah daripada warga tempatan dan warga asing itu hanyalah mengikut arahan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

