Beberapa Jalan Akan Ditutup Pada 12 Ogos Bagi Sibu Street Parade

10 Aug 2023 • 2:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Beberapa Jalan Akan Ditutup Pada 12 Ogos Bagi Sibu Street Parade. Beberapa jalan akan ditutup pada 12 Ogos untuk memberi laluan kepada Sibu Street Parade bagi memperingati ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka.

Dalam satu kenyataan, Majlis Perbandaran Sibu (SMC) menyatakan bahawa jalan-jalan yang akan ditutup adalah bulatan Rosli Dhoby, Jalan Bujang Suntong, simpang lampu isyarat Jalan Kampong Dato, Jalan Agung (di belakang RH Hotel), Lorong Maybank, simpang Jalan Brooke Drive, Jalan Sanyan, Jalan Ramin, Jalan Lintang, Jalan Central, Sibu Gateway dan Jalan Kampong Nyabor (lampu isyarat di hadapan Hotel Tanahmas).

image is not available
Sumber: bernama

“Jalan-jalan ini akan ditutup mulai jam 5 petang sehingga perarakan selesai,” katanya.

Tutup bermula 5 petang pada 10 dan 11 Ogos

Menurut sumber, raptai untuk street parade akan diadakan di jalan yang sama mulai jam 5 petang sehingga selesai acara pada hari Khamis (10 Ogos) dan Jumaat (11 Ogos).

Oleh itu, pemandu-pemandu dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif pada masa tersebut.

Dalam pada itu, kira-kira 2,000 orang yang mewakili 60 kontinjen dijangka akan mengambil bahagian dalam perarakan jalan raya ini.

Dengan tema `Sarawak Maju Makmur’, acara ini dianjurkan bersama oleh SMC dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC).

Sumber: google

Abang Jo dan Abdul Karim turut hadir

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menjadi tetamu kehormat, ditemani oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Hamzah, juga menteri yang bertanggungjawab dalam acara ini.

Artis-artis popular juga akan membuat persembahan di konsert secara langsung, termasuklah pengacara, Fir Affandi dan Mrs Juan, Band HyperAct, Airliftz dan Ramles Walter.

Baca juga artikel yang berkaitan: