Beberapa Jalan Di Sekitar Kuching, Santubong Dan Petra Jaya Ditutup Hari Ini Sempena Penamaan Calon

5 Nov 2022 • 12:41 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ditutup bermula 6.30 pagi ini

Beberapa Jalan Di Sekitar Kuching, Santubong Dan Petra Jaya Ditutup Hari Ini. Sempena Penamaan Calon, beberapa jalan di sekitar Bandar Kuching, Santubong dan Petra Jaya akan mengalami penutupan jalan mulai 6.30 pagi ini bersempena dengan hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

image is not available
Beberapa Jalan Di Sekitar Kuching, Santubong Dan Petra Jaya Ditutup Hari Ini Sempena Penamaan Calon. Sumber: Dayak Daily

Untuk jalan di sekitar Bandar Kuching (P195), bulatan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sehingga Jalan Padungan akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada penamaan calon di balai raya MBKS.

Di Santubong (P193), laluan di Institut Kemahiran Mara Petra Jaya (P194), persimpangan dari Jalan Semarak ke Jalan Duranta tidak juga ditutup.

Akan dibuka semula setelah penamaan calon berakhir

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan semalam, jalan-jalan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja penamaan calon berakhir.

image is not available
Sumber: Dayak Daily

“Polis berharap semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya dan mematuhi undang-undang bagi proses penamaan calon lebih lancar,” katanya lagi.

Pusat penamaan calon biasanya dibuka pada pukul 9 pagi untuk sebarang penyerahan kertas penamaan calon sehingga jam 10 pagi.

image is not available
Sumber: Dayak Daily

Selepas kertas kerja disemak, pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan mereka yang layak menjadi calon bagi kerusi masing-masing.