Beberapa kawasan di PJ dilanda banjir kilat susulan hujan lebat

Local
6 May 2026 • 10:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Beberapa kawasan di PJ dilanda banjir kilat susulan hujan lebat
Keadaan Medan Selera 223 yang dilanda banjir pada Rabu.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Petaling Jaya terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan pada Rabu.

Antara lokasi itu termasuk Medan Selera 223, PJS 2/3, PJS 4/21B, PJS 6, Jalan 17/21H serta Taman Buana Perdana, namun semua kawasan terbabit dilaporkan pulih selepas air surut sepenuhnya pada jam 8.43 malam.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian itu turut disertai beberapa insiden pokok tumbang di Jalan Barat berhampiran Wisma Daju, Jalan PJU 8/3A, Jalan Templer serta belakang sebuah restoran di Seksyen 8.

Menurut kenyataan, semua insiden itu sedang dan telah diambil tindakan oleh pasukan teknikal MBPJ.

Selain itu, kenyataan turut memaklumkan kejadian tanah runtuh di Seksyen 20/14 dikenal pasti berpunca daripada kegagalan cerun yang melibatkan struktur longkang dan memerlukan pembaikan segera.

"MBPJ telah menggerakkan Skuad Pantas bersama unit teknikal bagi melaksanakan kerja pembersihan, pemantauan dan pengurusan risiko di semua lokasi terlibat,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mengelakkan kawasan terjejas serta tidak meredah jalan yang dinaiki air.

"Mereka juga diminta tidak menghampiri kawasan longkang besar dan sungai berikutan arus deras yang boleh membahayakan.

MBPJ memaklumkan akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

View Original Article