Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di 3 lokasi sekitar KL

LocalCars
6 May 2026 • 6:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di 3 lokasi sekitar KL
Gambar tular kejadian banjir di Jalan Kuchai Lama pada Rabu.
Image from: Lapan kenderaan terperangkap banjir kilat di 3 lokasi sekitar KL
Keadaan beberapa kenderaan yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kenderaan dilaporkan terperangkap dalam kejadian banjir kilat di tiga lokasi sekitar ibu negara susulan hujan lebat pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 sebelum menggerakkan pasukan Bomba dan Penyelamat ke semua lokasi terlibat.

Kejadian banjir dilaporkan berlaku di Jalan Awan Kecil, Taman OUG; Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama; serta Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban menghala Sri Petaling.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak lima buah kereta terperangkap dalam banjir di Jalan Awan Kecil.

**media[3512634]**

"Manakala di Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama pula, dua buah kereta turut terperangkap dalam banjir.

"Sementara itu, di Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban menghala Sri Petaling, sebuah kenderaan dilaporkan terperangkap akibat takungan air dalam terowong berkenaan," katanya.

Menurutnya, anggota bomba yang terlibat dalam operasi itu terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, BBP Seputeh dan BBP Bukit Jalil.

"Anggota bomba telah menjalankan pemantauan di kawasan sekitar dan memastikan keadaan terkawal serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.