Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

17 Apr 2024 • 10:31 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar - APM Negeri Sembilan

SEREMBAN - Hujan lebat berterusan sejak petang menyebabkan beberapa kawasan di sini dan Rembau dilanda banjir kilat semalam.

Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan terjejas di Seremban ialah Kampung Ismail, Kampung Semarak, Blok B dan C Ampangan, Kampung Jiboi, Taman Happy, Kampung Batu 3 dan Kampung Kuala Sawah.

"Di Rembau, banjir kilat berlaku di Kampung Titian Bintangor.

"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas," menurut kenyataan itu.

Menurut sekretariat berkenaan trend air di beberapa kawasan juga meningkat dan APM sedang melakukan pemantauan di kawasan berisiko. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved