Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

16 Apr 2024 • 8:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

SHAH ALAM, 16 April (Bernama) — Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya telah menggerakkan anggota berserta beberapa aset ke lokasi terlibat iaitu di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang dan Kampung Kubu Gajah bagi memantau situasi.

Beliau berkata pemantauan di lokasi kejadian mendapati kawasan terbabit dinaiki air antara 0.3 meter (m) hingga 0.6 m dan keadaan adalah terkawal.

‘’Banjir berlaku akibat limpahan sungai berhampiran dan ketika ini paras air menunjukkan trend menurun.

“Keadaan adalah terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan bagi kedua-dua lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu masing-masing pada 4.47 petang dan 5.44 petang.

Awal hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 6 petang.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved