
Kejadian banjir kilat dipercayai berlaku di beberapa kawasan di Kluang dan Johor Bahru susulan hujan lebat berterusan.
Berdasarkan sebuah video daripada netizen yang dimuat naik di halaman rasmi Astro Radio Traffic, keadaan menunjukkan jalan dipenuhi air banjir.
Menurut Jabatan Penerangan Johor Bahru, terdapat beberapa kenderaan yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan dari pusat bandar raya Johor Bahru menuju ke jalan Ros Merah Johor Bahru ekoran jalan di kawasan tersebut mula dinaiki air.
TERKINI : Kenderaan dari pusat bandaraya Johor Bahru menuju ke Jalan Ros Merah Johor Bahru terpaksa berpatah balik ekoran jalan dikawasan itu dinaiki air.#SiapSiaga #Banjir #KeluargaMalaysia #TeguhBersama #JabatanPenerangan #MajuJohor #JohorBahru #Jauharku pic.twitter.com/Bm1AcoMSPQ
— 𝙋𝙚𝙣𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 𝘽𝙖𝙝𝙧𝙪 (@japenjohorbahru) November 12, 2022
Selain itu, sebuah akaun Facebook, Aku Budak Kluang telah mengemaskini laporan bencana banjir di beberapa jalan negeri sekitar Kluang.
1. J26 Jalan Kluang ke Renggam, Sec 42.0 (KSL) Kedalaman air : 0.6m Keadaan : Air melintas di kedua-dua arah. keadaan terkawal dan jalan masih boleh dilalui oleh kenderaan
2. J26 Jalan Kluang ke Renggam, Sec 43.0 (Taman Sunrise) Kedalaman air : 0.20m Keadaan : Air bertakung, keadaan terkawal dan jalan masih boleh dilalui oleh kenderaan 3. J26 Jalan Kluang ke Renggam, Sec 38.0 (Guocera) Kedalaman air : 0.20m Keadaan : Air melintas di kedua-dua arah. keadaan terkawal dan jalan masih boleh dilalui oleh kenderaan
4. J25 Jalan Renggam ke Layang-Layang (Sempadan Layang-Layang/Kulai), Sec 10.0 Kedalaman air : 0.10m Keadaan : Air bertakung, keadaan terkawal dan jalan masih boleh dilalui oleh kenderaan
Halaman Facebook itu juga turut mengemaskini keadaan banjir kilat yang berlaku di Kluang dari semasa ke semasa.
Bukan itu sahaja, terdapat rakaman mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka penduduk di sana.
@nuraminah199 JOHOR BAHRU BANJIRRRRRR #fyp #fypシ #foryoupage #banjir
Setakat ini tiada maklumat lanjut yang dapat dilaporkan mengenai keadaan banjir kilat di kawasan tersebut.
Kepada penduduk di kawasan yang terlibat, sila berwaspada dan patuhi arahan pihak berkuasa. Bagi sesiapa yang berada di atas jalan raya, perlahankan kenderaan anda ketika melalui laluan yang dinyatakan sebentar tadi dan berhati-hati semasa dalam pemanduan
The post Beberapa Kawasan, Jalan Di Kluang & Johor Baharu Dipercayai Dilanda Banjir Kilat appeared first on Siakap Keli.

