
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami masalah putus bekalan elektrik.
Masalah itu dikesan sekitar jam 12.30 tengah hari dengan kawasan dilaporkan terlibat adalah Cheras, Selayang, Kajang dan Subang serta Shah Alam.
Difahamkan beberapa negeri lain turut menghadapi isu sama termasuk Seremban, Kuantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Difahamkan kejadian ini berlaku akibat hujan lebat yang melanda Lembah Klang.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan mengesahkan ketika initerdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.
"Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
"Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini," katanya.
Rata-rata warga Twitter memaklumkan pejabat dan kediaman mereka masih terputus bekalan elekrik.
Suria KLCC blackout.
Lights out at the stores.
Escalators not working (no surprise there) pic.twitter.com/5bovQIg0E8
Scaryyy klcc is dark rn pic.twitter.com/YuGL7JBe58
Sunway Pyramid #Blackout pic.twitter.com/0FXWm0a2m3
Mahkamah KL pun blackout https://t.co/CNFLGiN3Ey pic.twitter.com/ZDJrxaay6Z
