
TELUPID: Susulan hujan lebat tanpa henti sejak 24 Februari sehingga hari ini, beberapa buah kawasan rendah di daerah ini kembali banjir.
Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid, Celestine Jetony membuat pengisytiharan bencana banjir pada jam 1 petang, Rabu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Antara kawasan terjejas teruk adalah jalan dari Kampung Kiabau ke Pekan Telupid, Kampung Perancangan Nangoh, Kampung Biru-Biru, Kampung Rumidi, Kampung Entilibon, Kampung Minusuh, Kampung Sanan, Kampung Sualok,Kampung Gana Jati, dan Sekolah Kebangsaan (SK) Maliau.
Semua jalan di kampung-kampung tersebut tidak dapat dilalui kereta kecil mahupun besar ekoran paras air meningkat dengan drastik.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sementara itu, empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) turut dibuka iaitu Balai Raya Kampung Mauu, Masjid Lama Kampung Gana Jati, Dewan Kampung Rancangan Nangoh, dan Dewan Kampung Bambangan.
Operasi pemindahan mangsa banjir yang terperangkap di rumah kini giat dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi penguatkuasa yang lain.


