Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat

LocalEnvironment
12 Nov 2024 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan berlarutan sejak beberapa jam mengakibatkan laluan ini dinaiki air sehingga menyebabkan gangguan kepada aliran trafik.

image is not available
Beberapa laluan utama sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan hujan lebat dan banjir kilat pada Selasa.

SHAH ALAM - Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.

Hujan berlarutan sejak beberapa jam mengakibatkan laluan ini dinaiki air sehingga menyebabkan gangguan kepada aliran trafik.

Antara laluan terlibat termasuk dua laluan utama di Selangor iaitu Kilometer 3.3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Kuala Selangor mengalami kesesakan pada pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan memaklumkan banjir kilat dilaporkan berlaku sekitar Lebuhraya Damansara Puchong.

"Menerusi laporan dikeluarkan kira-kira jam 8.16 pagi, berlakunya banjir kilat di Kilometer 4.9 -Kikometer 5.0 arah Utara dari Bandar Utama ke Penchala.

**media[2884645]**

"Laluan susur serta lorong tengah dan lorong kiri laluan utama terhalang mengakibatkan kesesakan trafik," katanya

Selain itu, kesesakan turut berlaku di susur Lebuhraya Damansara-Puchong, SKVE menghala Kajang kira-kira setengah jam disebabkan kemalangan motosikal.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di laluan dari Aman Puteri menghala Kepong serta laluan sekitar Batu Caves mengakibatkan kesesakan hampir satu jam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved