Bomba pantau situasi banjir kilat di Selangor

LocalEnvironment
12 Nov 2024 • 12:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Beberapa kawasan di Bukit Raja, Klang dinaiki air berikutan banjir kilat pada Selasa.

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor menjalankan pemantauan di beberapa lokasi susulan kejadian banjir kilat melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, setakat ini tidak panggilan kecemasan berkaitan situasi banjir kilat.

"Bomba membuat pemantauan sahaja, namun tiada panggilan kecemasan diterima," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.

Hujan berlarutan sejak beberapa jam mengakibatkan laluan ini dinaiki air sehingga menyebabkan gangguan kepada aliran trafik.

Antara laluan terlibat termasuk dua laluan utama di Selangor iaitu Kilometer 3.3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Kuala Selangor mengalami kesesakan pada pagi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved