Beberapa Negeri Pantai Barat Dilanda Hujan Lebat & Ribut Petir Hingga 9 Malam Ini

22 Jul 2022 • 7:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga pukul 9 malam ini, menurut ramalan cuaca terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

Berdasarkan ramalan cuaca tersebut, negeri dan kawasan di zon utara yang terlibat adalah Perlis iaitu di seluruh negeri dan Kedah iaitu di Kubang Pasu, Kota Setar dan Bandar Baharu.

Dalam masa sama, beberapa kawasan di Perak juga turut terlibat seperti Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu di zon Pantai Timur pula, cuaca hujan lebat dan ribut petir dijangka hanya akan melanda sebahagian kecil Pahang iaitu di Raub sahaja.

Dalam pada itu, bagi zon tengah iaitu di sekitar Lembah Klang, ramalan cuaca sedemikian dijangka melanda keseluruhan Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur sehinggalah ke WP Putrajaya.

Manakala bagi zon selatan pula, negeri dan kawasan terlibat ialah Negeri Sembilan iaitu di Jelebu, Seremban dan Port Dickson, seluruh Melaka serta Johor iaitu Tangkak dan Muar.

Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak juga turut terlibat seperti Sri Aman, Betong dan Sarikei, manakala Sabah pula hanya melibatkan Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran.

Data terkini yang dikeluarkan tersebut adalah pada pukul 6:55 petang tadi dan tempoh ramalan cuaca tersebut dijangka sehingga pukul 9 malam ini.