Beberapa Perkhidmatan Maybank Tergendala 12 Julai Ini

Business & FinancePersonal Finance
4 Jul 2025 • 8:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beberapa Perkhidmatan Maybank Tergendala 12 Julai Ini

Maybank memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan terpilih akan tergendala sementara susulan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dijadualkan pada 12 Julai 2025, bermula 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi.

Menurut pihak bank, penyelenggaraan berkala ini adalah penting bagi memastikan semua platform kekal terkini serta selamat untuk urusan perbankan pelanggan.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa tempoh penyelenggaraan, pelanggan dinasihatkan agar menyelesaikan urusan perbankan lebih awal.

Untuk makluman, senarai penuh perkhidmatan yang akan terjejas adalah seperti berikut:

image is not available
Sumber: Maybank

“Untuk sebarang bantuan, sila hubungi kami melalui Mesej Peribadi (PM) atau hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara),” maklum Maybank.

Maybank turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai kerjasama para pelanggan sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.

Sumber: Maybank