Beberapa perkhidmatan perbankan CIMB masih alami gangguan

LocalBusiness & Finance
9 Apr 2024 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perkhidmatan perbankan CIMB termasuk transaksi, FPX, MyDebit, kredit dan Terminal Layan Diri masih mengalami gangguan sementara setakat pagi Selasa.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan perbankan CIMB termasuk transaksi, FPX, MyDebit, kredit dan Terminal Layan Diri masih mengalami gangguan sementara setakat pagi Selasa.

Bagaimanapun, bank berkenaan dalam hantaran di platform X memaklumkan, perkhidmatan CIMB OCTO & CIMB Clicks yang mengalami gangguan sejak Isnin lalu kini tersedia, manakala perkhidmatan selebihnya akan dipulihkan secara beransur-ansur.

Pengurusan bank itu menegaskan, mereka sedang giat berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Gangguan itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna perkhidmatan CIMB, dengan ramai yang menggesa bank itu untuk segera menyelesaikan isu tersebut bagi memudahkan transaksi mereka.

Difahamkan semalam sistem dalam talian bank berkenaan mengalami gangguan perkhidmatan yang telah diselesaikan, namun untuk isu yang sama timbul semula beberapa jam kemudian yang berterusan sehingga kini. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved