Perkhidmatan dalam talian CIMB alami gangguan

9 Apr 2024 • 9:34 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan CIMB masih mengalami gangguan sementara setakat pagi ini untuk transaksi CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Kredit dan Terminal Layan Diri.

Masalah itu disahkan pengurusan bank berkenaan menerusi Platform X, dengan memaklumkan pihaknya sedang berusaha mengatasi perkara terbabit secepat mungkin.

“Kami (CIMB) masih mengalami gangguan sementara bagi perkhidmatan CIMB Clicks, CIMB OCTO, FPX, MyDebit, Kredit dan Terminal Layan Diri.

“Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” katanya.

Difahamkan, semalam sistem dalam talian bank itu mengalami gangguan perkhidmatan dan sudah dipulihkan, sebelum ia berulang beberapa jam kemudian hingga kini.

Gangguan itu menyebabkan rata-rata meminta pihak bank segera menyelesaikan masalah terbabit bagi melancarkan transaksi dan urusan mereka.

Tambahan, ketika ini mereka sedang melakukan persiapan Aidilfiri yang memerlukan pembayaran dan perkhidmatan dilakukan secara dalam talian dilakukan. - 9 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved