Beberapa Projek Pembinaan Hotel Sudah Diluluskan, Sarawak Siap Sedia Jadi Tuan Rumah SEA Games 2027

5 Jan 2025 • 10:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Persedian Sarawak untuk SEA Games 2027

Beberapa Projek Pembinaan Hotel Sudah Diluluskan, Sarawak Siap Sedia Jadi Tuan Rumah SEA Games 2027. Dilaporkan, Sarawak kini bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2027, dan Kuching akan menjadi lokasi pembukaannya! Untuk memastikan semua berjalan lancar, beberapa projek pembinaan hotel baharu telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Wah, makin meriah Kuching nanti!

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkongsi bahawa kerja pembinaan hotel ini diharapkan dapat siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Ini penting untuk menampung keperluan atlet, pegawai, dan pelancong yang bakal membanjiri Sarawak semasa acara tersebut.

image is not available
Beberapa Projek Pembinaan Hotel Sudah Diluluskan, Sarawak Siap Sedia Jadi Tuan Rumah SEA Games 2027. Sumber gambar: utusan Borneo

Hotel bertaraf 3 dan 4 bintang sudah memadai

“Hotel bertaraf 3 dan 4 bintang sudah memadai untuk memenuhi permintaan pelancong, terutamanya bagi mereka yang datang untuk menikmati ekopelancongan di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, sebelum ini.

Selain persediaan untuk SEA Games, hotel-hotel baharu ini juga dijangka membantu menyokong kemasukan pelancong yang semakin meningkat ke negeri ini. Sarawak memang terkenal dengan keindahan semula jadi dan budaya uniknya. Tak sabar nak tengok bagaimana semua ini akan melonjakkan lagi sektor pelancongan negeri!

Lagi berita terkini untuk anda di sini: