Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan

27 Dec 2024 • 1:32 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Projek pembinaan dijalankan di KIA dari 26 Disember 2024 sehingga 22 Januari 2026

Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan. Kalau anda kerap ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), bersiaplah untuk melihat perubahan besar. Sarawak Metro baru sahaja mengumumkan projek pembangunan baru yang akan berlangsung selama lebih setahun di kawasan lapangan terbang ini.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pembangunan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1. Ia melibatkan pembinaan dan penyelesaian infrastruktur bagi laluan Red Line dari Kuching Sentral ke Pending. Salah satu elemen utama projek ini adalah pembinaan tempat letak kereta awam baru di kawasan KIA.

image is not available
Tempat Parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup Untuk Kerja Pembinaan. Sumber: FB Sarawak Metro

Tarikh dan Tempoh Projek

Tarikh: Bermula dari 26 Disember 2024 sehingga 22 Januari 2026
Masa: 24 jam setiap hari (tiada henti)
Tempoh: 12 bulan dan 28 hari (hampir 13 bulan)

Lokasi Pembinaan

• Kawasan yang terlibat: Tempat letak kenderaan di KIA.

Berdasarkan pelan lokasi, pembinaan akan melibatkan tiga kawasan utama:

  1. KUTS Construction Area 1
  2. KUTS Construction Area 2 (tengah kawasan letak kereta)
  3. KUTS Construction Area 3

Nota Penting: Kawasan ini akan menjadi zon larangan (No Entry) semasa projek berlangsung.

Nasihat untuk Pengguna Jalan Raya

Pemandu dinasihatkan supaya:

  1. Berhati-hati ketika memandu di kawasan yang terjejas.
  2. Mematuhi papan tanda, arahan keselamatan, dan had laju yang telah ditetapkan.
  3. Merancang perjalanan lebih awal untuk mengelak kesesakan.

Jika ada soalan mengenai notis ini, anda boleh:

Baca juga artikel semasa di bawah: