Beberapa sekolah di Pendang dilanda ribut - JPN

27 Apr 2026 • 11:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar tangkap layar selepas insiden ribut yang melanda MRSM Pendang, Kedah.

ALOR SETAR - Beberapa sekolah di daerah Pendang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah, petang tadi.

Sumber Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah yang dihubungi Bernama memaklumkan setakat ini, sekolah disahkan terlibat ialah Akademi Sains Pendang, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Md Ariff, SK Paya Mak Inson dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang.

Difahamkan terdapat beberapa sekolah di daerah lain turut terjejas akibat ribut berkenaan, bagaimanapun maklumat sebenar sekolah yang terlibat dan kerosakan yang dialami masih belum diperolehi.

Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa tiga daerah iaitu Pendang, Bandar Baharu dan Kubang Pasu dilaporkan dilanda ribut setakat 9.30 malam ini.

Kejadian awal petang tadi itu menyebabkan beberapa rumah, bangunan termasuk premis kerajaan mengalami kerosakan terutamanya pada bahagian bumbung selain banyak pokok dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved