Becker Jadi Pengulas Untuk Eurosport Jerman Di Terbuka Australia

4 Jan 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Becker sekali lagi bertugas untuk Eurosport Jerman pada Terbuka Australia, hanya beberapa minggu selepas selesai menjalani hukuman penjara. - Gambar Tennis 365

BERLIN - Bekas bintang tenis Boris Becker sekali lagi bertugas untuk Eurosport Jerman pada Terbuka Australia, hanya beberapa minggu selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Discovery, pemilik saluran Warner Bros pada Selasa mengesahkan pemain berusia 55 tahun itu akan mengulas perlawanan utama hari ini di grand slam pertama musim ini dari 16-29 Jan selain membuat analisis lain, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) .

Becker bekerja untuk stesen TV itu sebelum menjalani hukuman penjara di Britain pada April kerana gagal mengisytiharkan aset dengan tertib semasa prosiding muflis.

Beliau dibebaskan pada Disember dan dihantar pulang ke Jerman. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved