Bedah siasat tiga mangsa kemalangan selesai

19 Aug 2026 • 6:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bedah siasat tiga mangsa kemalangan selesai

Image from: Bedah siasat tiga mangsa kemalangan selesai

KUALA LUMPUR: Bedah siasat tiga sekeluarga yang terlibat kemalangan dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen ) di Jalan Sultan Ismail di sini malam tadi selesai, petang tadi. 

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ahli keluarga mangsa hadir di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur dan kelihatan sebak ketika menunggu proses berkenaan selesai.

Tiga van jenazah milik badan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih dilihat masuk ke pekarangan IPFN kira-kira pukul 5.30 petang.

Van tersebut keluar membawa ketiga-tiga jenazah itu pada jam 5.45 petang.

Difahamkan, semua jenazah akan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang di sini, sebelum dibawa ke Kampar, Perak.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.

Insiden kira-kira 1 pagi di persimpangan Maju Junction di sini menyebabkan Shaik Mohd l. Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya,  Siti Nor Sazlin, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa iaitu Norhayati Razali, 55, merupakan isteri kepada Shaik Mohd Firdaus pula mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di HKL.- UTUSAN

The post Bedah siasat tiga mangsa kemalangan selesai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved