Bulan April tahun lepas, Automattic iaitu syarikat yang memiliki WordPress telah mengambil-alih Beeper selepas sekitar 6 bulan mengambil-alih Texts iaitu satu lagi perkhidmatan multi-mesej. Kini selepas sekian lama menantikan penawaran baharu, Beeper dilancarkan semula.
Aplikasi untuk desktop dikatakan telah diubahsuai dengan integrasi teknologi Texts. Aplikasi baharu adalah lebih efisien dari segi penggunaan kuasa bateri dan adalah lebih pantas. Untuk kandungan mesej, ia akan disimpan dengan selamat pada Beeper Cloud. Aplikasi iOS pula dibangunkan semula dari awal dengan rekaan baharu.

Berdasarkan penawaran Beeper, sokongan multi-mesej yang sebelum ini masih diteruskan. Satu ciri besar yang menjadikan Beeper ini menarik ketika dilancarkan telah dibuang, iaitu iMessage. Beeper baharu tidak lagi membenarkan pengguna menggunakan iMessage di dalam platform pemesejan pelbagai ini.
Penggunaan Beeper baharu juga adalah percuma dan masih tiada sebarang caj dikenakan. Jika anda berminat, Beeper kini sedia untuk dimuat turun untuk Windows, macOS dan iOS.

