Sejarah Baharu Bakal Tercipta, Sarawak Bakal Ambil Alih MASWings Pada 12 Februari Ini

8 Feb 2025 • 4:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak bakal mengambil alih MASWings secara rasmi

Sejarah Baharu Bakal Tercipta, Sarawak Bakal Ambil Alih MASWings Pada 12 Februari Ini. Dilaporkan, Sarawak bakal mencipta sejarah dalam industri penerbangan! Pada 12 Februari ini, Sarawak akan secara rasminya mengambil alih MASWings, syarikat penerbangan milik Malaysia Aviation Group (MAG). Ini merupakan satu langkah besar yang bakal mengubah landskap penerbangan di Sarawak!

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pengambilalihan ini akan memperluaskan rangkaian penerbangan domestik dan antarabangsa, sekaligus memberi lebih banyak pilihan perjalanan kepada rakyat Sarawak dan pelancong.

image is not available
Sejarah Baharu Bakal Tercipta, Sarawak Bakal Ambil Alih MASWings Pada 12 Februari Ini. Sumber gambar: The Borneo Post

Membangunkan syarikat penerbangan

Beliau berkata, jika ingin membangunkan syarikat penerbangan, ia bukannya kerja sehari dua. Ia memerlukan masa dan perancangan teliti.

Buat masa ini, MASWings hanya ada beberapa pesawat, tapi lepas pengambilalihan, perubahan besar dijangka akan berlaku termasuk kemungkinan penjenamaan semula syarikat! Semuanya bakal ditentukan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

image is not available
Sumber gambar: TTG Asia

Perjanjian telah dimuktamadkan

Perjanjian jual beli (SPA) telah dimuktamadkan, dan majlis tandatangan rasmi antara Kerajaan Sarawak dan MAG akan berlangsung dalam bulan ini. Setelah semuanya selesai, Sarawak akan mula mengumumkan perubahan secara berperingkat.

Dengan langkah ini, adakah kita bakal melihat sebuah syarikat penerbangan baru yang lebih besar dari Sarawak? Sama-sama kita nantikan!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved