Beeper Mini Kembali Beroperasi Tetapi Memerlukan Apple ID

TechnologyDigital
12 Dec 2023 • 9:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beeper Mini sebentar tadi telah kembali beroperasi semula selepas tergendala sejak tiga hari yang lalu. kerana Apple mengesan penggunaan identiti palsu. Aplikasi kini memerlukan pengguna melakukan log masuk menggunakan Apple ID peribadi.

image is not available

Beeper Mini turut kini diubah menjadi perkhidmatan percuma berbanding langganan RM9.99 sebulan. Langganan percuma 7 hari yang telah dibuat walau bagaimanapun tidak akan dihentikan dan pengguna akan dicas secara bulanan jika tidak mematikannya sendiri.

Dengan Beeper Mini, pengasas Beeper iaitu Eric Migicovsky dan Brad Murray memberitahu perkhidmatan mereka ini adalah jauh lebih selamat berbanding Android dan iPhone menghantar SMS sesama sendiri. Ia turut didakwa mencemarkan perbualan berkumpulan, misalnya sekumpulan 10 orang dan seorang pengguna Android – kesemua mesej dalam kumpulan ini tidak disulitkan.

image is not available

Mereka turut bebas untuk memberikan kod pembangunan mereka kepada Apple dengan persetujuan menggunakan firma sekuriti. Selain turut ingin menjadikan setiap mesej yang dihantar Beeper Mini mempunyai emoji image is not available sebagai indikasi untuk pengguna iPhone.

Setakat ini Beeper Mini adalah yang paling pantas mengembalikan aplikasi mereka berbanding Nothing Chats yang sudah berminggu mendiamkan diri kerana kerentanan sekuriti yang serius. Saya dapat mencuba kemas kini baharu ini; Beeper Mini beroperasi dengan baik, lancar dan pantas berbanding Beeper Cloud (Beeper asal), Sunbird atau Nothing Chats.

Untuk makluman, kaedah sementara ini menggunakan akaun Apple ID pengguna yang akan dihubungkan kepada pelayan Mac. Jika anda berminat, tekan pautan di bawah untuk mencuba.

  • Sumber
  • Emel daripada Beeper