Beg berisi wang tunai RM1 juta hilang

LocalBusiness & Finance
7 Nov 2024 • 7:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point, di Ampang, pada Rabu. (Gambar kecil: Mohd Azam) Gambar hiasan

AMPANG - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.55 petang berkaitan wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

"Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Kita akan memaklumkan perkembangan siasatan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang tersebar kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu kenderaan terbuka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved