Beg Jinjing Edisi Terhad Apple Store The Exchange TRX Kini Dijual Semula Pada Harga Mencapai RM1000

TechnologyDigital
22 Jun 2024 • 7:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Store pertama di Malaysia telah dibuka secara rasminya di The Exchange TRX, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan pelbagai barangan Apple serta mengalami pengalaman penuh, termasuk mempelajari perkara baharu melalui Today at Apple.

image is not available

Menariknya, bersempena dengan pembukaan kedai fizikal rasmi pertama Apple ini, mereka turut memberikan beg jinjing edisi khas dengan tulisan “JOM” padanya secara percuma. Seperti pelbagai produk Apple lain, produk edisi terhad ini juga telah mula dijual oleh sejumlah pengguna yang menghadirkan diri ke acara pembukaannya pagi tadi.

Beg jinjing ini telah mula dijual oleh para pengguna yang menhadirkan diri pagi tadi melalui beberapa platform – termasuk Facebook Marketplace dan juga Carousell. Rata-rata ia dijual pada harga sekitar RM300, dan terdapat juga beberapa penyenaraian yang menjualnya pada harga mencapai sehingga RM1000.

image is not available

image is not available

Memandangkan ia masih baharu, berkemungkinan harganya akan lebih meningkat tinggi lagi dalam beberapa bulan atau tahun, selepas kuantiti dan pengedarannya berkurangan di pasaran.