Beg tote percuma Apple Store dijual semula melebihi RM500

Digital
22 Jun 2024 • 3:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple Store pertama Malaysia telah membuka pintu secara rasmi di Malaysia hari ini. Terletak di pusat beli-belah The Exchange TRX, orang ramai dibenarkan masuk ke Apple Store mulai jam 10 pagi.

Tetapi orang ramai telah mula beratur untuk memasuki Apple Store ini beberapa jam sebelum pintu dibuka. Ramai pengawal keselamatan dilihat berada di The Exchange TRX untuk memastikan kelancaran perjalanan orang ramai yang mahu masuk ke Apple Store.

Tiada diskaun atau promosi dibuat sempena pembukaan hari pertama Apple Store ini. Tetapi Apple ada memberikan beg tote edisi terhad Apple The Exchange TRX kepada semua yang datang ke Apple Store. Tiada pembelian diperlukan, tetapi ia diberikan PERCUMA selagi stok masih ada.

Tetapi beberapa jam kemudian, kelihatan sudah ada yang cuba mengambil kesempatan untuk menjual semua cenderahati percuma Apple ini dengan harga ‘yahudi’. Semakan di Carousell, platform jual beli barang atas talian popular di Malaysia mendapati, sudah ada beberapa orang menjual beg tote Apple The Exchange TRX.

image is not available

Beg tote percuma ini dijual melebihi RM200. Malah, ada yang menjualnya pada harga RM550. Sememangnya harga ini sangat tidak masuk akal kerana ia hanyalah beg tote biasa dengan cetakan Apple The Exchange TRX. Beg ini tiada poket tambahan, tiada iOS malah tiada sokongan Apple Pencil.

Tetapi jika ada permintaan, pasti nanti ada lagi yang mahu menjualnya dengan harga mengarut. Adakah anda orang sebegitu, atau kenal sesiapa yang mahu  membeli beg tote Apple yang biasa ini? Cuba kongsikan di komen ya.

Bacaan Berkaitan