Beg pakaian berisi mayat terapung di Sungai Perak

14 Aug 2026 • 7:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Beg pakaian berisi mayat terapung di Sungai Perak
Mayat wanita yang ditemui dalam beg di tengah Sungai Perak.

KUALA KANGSAR - Satu mayat ditemui terapung dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini pada Jumaat.

Mayat berkenaan disedari orang awam dengan keadaan beg dibalut pembungkus plastik di bahagian tengah sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 4 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan oleh polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai.

“Bagaimanapun, pihak bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sabarodzi berkata, sehingga kini anggota bomba hanya melakukan pemantauan di sekitar kawasan kejadian.

Katanya, operasi tersebut melibatkan lima anggota dengan menggunakan sebuah kenderaan utiliti jenis van Urvan.

“Kes diklasifikasikan sebagai bantuan kepada polis bagi mengeluarkan mayat dari sungai,” katanya.

Difahamkan, mayat tersebut merupakan seorang wanita yang disyaki mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah membusuk.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved