
Jika kita kembali ke lima tahun yang lepas, jenama aksesori atau lebih spesifiknya jenama handbag lokal ini boleh dikira dengan jari. Malah ada yang sanggup menabung untuk membeli beg jenama mewah global dek kerana kurangnya pilihan di pasaran lokal.
Tapi kini sebagai anak tempatan, rasa cukup berbangga kerana tumbuhnya jenama beg tempatah bagai cendawan selepas hujan, dan apa yang lebih menarik ia mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan! Nampaknya anak Malaysia sudah mulai hargai barangan lokal!
Lebih membanggakan, jenama-jenama handbag lokal ini bukan sahaja dikenali oleh anak tempatan, malah sejak dulu lagi kita boleh lihat beberapa jenama yang cukup terkenal di pasaran global, malah berjaya menembusinya hingga dikenali seantero dunia. Antara label fesyen lokal adalah seperti Jimmy Choo, Zang Toi yang cukup dikenali pada era 90-an, dan tidak lupa juga label yang kian meningkat naik iaitu Mr. Self Potrait (Pengasas selaku Pengarah Kreatif, Han Cong berasal dari Malaysia).
Namun di era ini boleh dilihat bagaimana label fesyen lokal merancakkan lagi industri fesyen tanah air dengan pelbagai idea kreatif malah dengan teknik pemasaran yang ideal sejajar dengan kemahuan pengguna. Sekiranya anda meminati estetik kontemporari maka SAOI mungkin yang serasi buat anda, tapi sekiranya anda lebih menghargai beg yang mengikut trend sudah tentu jenama handbag Nazifi Nasri pilihan yang ideal!
Jom support lokal dengan pilihan jenama handbag dari Malaysia di bulan Merdeka ini
1 /8
Bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu item fesyen yang terus mencuri hati pelanggan. Namun pengasas jenama Brïk, Sabrina dan Syakira berjaya mencuri tumpuan orang ramai dengan rekaan beg yang kian trending ini hanya dalam masa lebih kurang setahun! Label beg lokal ini punyai satu rekaan signatur yang menjadi kegilaan ramai iaitu Chroma. Jika anda berjaya ‘battle’ dalam pembelian beg ini, anda dikira cukup bertuah!
Harga: $$
2 /8
SAOI adalah label yang menawarkan rekaan minimalis era baharu. Koleksinya tidak terhad pada kasut balet leper yang trending di laman sosial sekarang, malah koleksi beg tangan rekaan ala baguette dari SAOI juga telah menambat hati pelanggan dari pelbagai generasi.
Harga: $$
3 /8
Beg kulit anyaman Itali ini sememangnya sudah menempa tempat di hati peminat fesyen, tetapi harga yang ditawarkan label jenama mewah global sentias mematahkan niat pembeli. Namun itu tidak bermakna anda langsung tidak boleh menggayakan beg anyaman sampai ke akhir hayat, kerana label beg tangan Malaysia Nobat terus mencuri peluang dan menawarkan koleksi yang boleh mengubati hati anda. Sebagai pembekal beg kulit tiruan tenunan yang paling terkenal di Malaysia sekarang ini, anda boleh memilikinya dalam semua bentuk dan gaya, daripada tote bahu hingga beg bimbit.
Harga: $$
4 /8
Siapa sahaja tidak kenal dengan jenama beg lokal Nazifi Nasri yang cukup popular sejak tahun lalu? Setiap koleksinya dibuat dengan perhatian yang mendalam terhadap detail, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan teknik pembuatan yang kreatif. Maka tidak hairanlah jika jenama ini menjadi buat mulut ramai dek kerana harga yang ditawarkan cukup berpatutan untuk kualiti beg yang cukup tinggi.
Untuk kalian yang terlepas peluang membeli beg tangan ikonik ini pada tahun lepas, jangan lepaskan peluang untuk memiliki beg tangan East West bag yang akan dilancarkan pada jam 8PM di www.nazifinasri.com harga bermula dari RM175!
Harga: $$
5 /8
Jenama yang ditubuhkan pada 2011 oleh adik-beradik Shals, Shalma Ainaa dan Shalmanisa ini jelas semakin mendapat tempat di hati peminat fesyen lokal. Mencerminkan rasa santai, keanggunan dan siluet tradisional dengan gabungan estetika moden dan minimalis, jenama terkenal ini tampil dengan koleksi terbaru mereka iaitu Iris Bag.
Beg bersaiz mini yang serba baharu ini amat sesuai bagi anda yang mahukan statement piece untuk melengkapkan gaya harian. Hadir dengan warna cukup shocking dan bold iaitu merah, beg tangan ini semestinya bakal mencuri perhatian setiap mata yang melihat.
Harga: $$
6 /8
Antara pereka legasi Malaysia yang membantu melonjakkan industri fesyen menjadi terkenal di persada global pada awal 2000-an, Khoon Hooi terus berpegang pada permintaan yang menggunung dari golongan elite untuk busana istimewa makan malam dan aksesorinya. Ini membawa kepada koleksi beg tangannya yang unik yang telah dikeluarkan selama bertahun-tahun, masing-masing disemai dengan kemewahan seni Asia Tenggara.
Harga: $$$
7 /8
Berasal dari Malaysia, Bonia mungkin mampu mengaburi anda sebagai jenama yang berasal dari Eropah, apalagi dengan koleksi kanvas bersalut kulit mewah, tetapi anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa ia berpusat di Malaysia. Dengan sejarah yang bermula sejak tahun 1974, ia boleh dikatakan salah satu jenama aksesori tempatan tertua yang masih beroperasi di negara ini. Harganya memang boleh dianggap tinggi sedikit, tetapi anda mendapat kulit yang hebat dan ketahanan yang maksimum!
Harga: $$$$
8 /8
Cetusan idea Self-Portrait dari anak muda kelahiran Pulau Pinang Han Chong, yang berpangkalan di London telah disifatkan oleh peminat dan pengkritik fesyen sebagai peningkatan mendadak kepada kemunculan global. Menawarkan gaya pakaian majlis yang sopan dan hiper feminin sebagai gay signaturnya, karya Chong telah menemui peminat dalam kalangan selebriti kelas A antarabangsa termasuk Zendeya, Kate Middleton, Priyanka Chopra, dan juga Michelle Obama.
Harga: $$$$

