Pempengaruh Kasih Iris Leona yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa foto sambutan Halloween 2026 di media sosial.
View this post on InstagramAdvertisement
Menerusi hantaran tersebut, Leona tampil mengenakan kostum watak Cruella de Vil dengan rambut hitam putih serta busana berbulu ketika berada di sebuah premis yang kelihatan seperti bar.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.
Kasih Iris Leona Muat Naik Foto Sambutan Halloween Namun Dikecam?
Sebahagian pengguna mempersoalkan keputusan Leona berkongsi foto berkenaan, khususnya selepas melihat suasana premis yang memaparkan pelbagai botol minuman beralkohol.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk persoalan mengenai kehadiran Leona di bar dan dakwaan bahawa dia pernah dilihat bersama rakan-rakan di premis tersebut.


Seorang pengguna turut menegur Leona dengan menyifatkan dirinya sebagai pempengaruh yang mempunyai pengaruh terhadap orang ramai.
“Leona, u influencer. What you influence today, boleh influence ramai enable benda dah diorang rasa nak buat.”
Seorang lagi pengguna pula mempersoalkan mengenai gambar Leona di bar dan mendakwa terdapat aktiviti minum alkohol di bahagian belakang premis.
Netizen Kecam, Turut ‘Seru’ Azhar Sulaiman?
Dalam masa sama, terdapat pengguna yang berpendapat Leona sebelum ini sudah beberapa kali ditegur oleh netizen, namun masih meneruskan perkongsian yang sama.
“Artis ni dia tahu dah kena tegur dengan netizen tp buat xtau je seolah dia rasa xpe lah.”
Bagaimanapun, hantaran asal Leona hanya menyatakan dia tampil sebagai Cruella De Vil untuk Halloween 2026 dan tidak menjelaskan secara terperinci mengenai aktiviti yang berlaku di premis berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Peniaga Wanita Dipukul Dengan Kasut Di Kepala, Tindakan Lelaki Cetus Kecaman
The post “Behar Mana, Takkan Tak Tegur Anak..” – Leona Jadi Cruella Untuk Halloween, Netizen Persoal Penampilannya Di Bar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
