Bekalan air 14 kawasan di wilayah Hulu Langat pulih sepenuhnya

1 Mar 2023 • 8:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 MAC: Bekalan air 14 kawasan di wilayah Hulu Langat yang terjejas akibat insiden paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pulih sepenuhnya 12 tengah malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merakamkan penghargaan kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” maklumnya di Facebook.

Semalam, Air Selangor memaklumkan insiden paip pecah mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved