Bekalan air di 83 kawasan terjejas pulih 9 malam esok

1 Jan 2023 • 11:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bekalan air di 83 kawasan terjejas di Gombak, Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam Isnin. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Bekalan air di 83 kawasan terjejas di Gombak, Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam Isnin.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja membaiki paip pecah di Taman Perindustrian Bukit Indah, Sungai Buloh telah selesai pada 9.30 malam Ahad dan bekalan air akan mula diagih secara berperingkat kepada pengguna sebaik sahaja ia stabil.

Kenyataan itu juga menyebut tangki air akan terus digerakkan untuk menyalurkan bantuan kepada pengguna yang terjejas.

"Keutamaan diberikan kepada premis-premis yang kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian," katanya.

Pengguna boleh merujuk kepada aplikasi Air Selangor serta akaun Facebook, Instagram dan Twitter rasmi agensi itu untuk maklumat terkini atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved