‘Bekalan beras putih tempatan di pasaran kembali stabil’

1 Oct 2023 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUALA LUMPUR: Stok beras putih tempatan di pasaran kembali stabil pada minggu ini berbanding minggu lepas, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Beliau berkata keadaan positif itu berikutan kurangnya pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

“Saya mendapati di pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 400 tan metrik sebulan beras tempatan dan tambahan 1,100 tan metrik lagi bagi agihan melalui semua jaringan FAMA bagi menampung keperluan,” katanya.

Chan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia 2023 di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Ditanya mengenai kemungkinan ‘tangan ghaib’ yang mengambil kesempatan dalam isu kekurangan beras putih tempatan, beliau menegaskan isu berkenaan tidak perlu dipolitikkan dan menerusi ratusan operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati tiada sebarang kesalahan dan penyelewengan berlaku.

“Kita sepatutnya mencurahkan tenaga untuk isu yang lebih spesifik seperti isu logistik, pengagihan dan stok beras tempatan yang lebih efisien dan efektif,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.