Bekalan elektrik di Sabah, Labuan tahap 'waspada' hari ini

22 Jan 2024 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini (Isnin) diramalkan pada tahap berwaspada, namun dijangka tidak berlaku catuan.

Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Mosigil, berkata dalam kenyataan media keseluruhan bekalan tenaga dianggarkan berjumlah 1,128MW.

“Ia termasuk penjanaan tenaga solar yang dibekalkan syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Tadau Energy Sdn Bhd sebanyak 18.3MW daripada keupayaan penjanaan maksima 50MW, bergantung kepada cuaca dan tenaga suria.

“Manakala, jangkaan waktu puncak hari ini adalah pukul 2.30 petang dengan permintaan tenaga maksima diramalkan boleh mencecah sehingga 1,027MW,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Walau bagaimanapun katanya, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 101W sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.

“Justeru pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku.

“Semalam waktu puncak adalah pukul 7.30 petang dengan permintaan tenaga maksima sebanyak 957MW dengan stok lebihan bekalan tenaga yang tidak digunakan sebanyak 156.79MW,” jelas Adrian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.