
Kota Kinabalu: Bekalan tenaga elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini (Selasa) diramalkan masih pada tahap berwaspada, namun dijangka tidak berlaku catuan, menurut pegawai Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan SESB, Adrian Mosigil, berkata dalam kenyataan media sebanyak 1,149MW keseluruhan bekalan tenaga dianggarkan beroperasi sepanjang hari.
“Ia termasuk penjanaan tenaga solar yang dibekalkan syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Tadau Energy Sdn Bhd sebanyak 33.9MW daripada keupayaan penjanaan maksima 50MW, bergantung kepada cuaca dan tenaga suria.
“Manakala, jangkaan waktu puncak hari ini adalah pukul 2.30 petang dengan permintaan tenaga maksima diramalkan boleh mencecah sehingga 1,038MW,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Walau bagaimanapun katanya, SESB masih mempunyai rizab margin sebanyak 111MW sebagai stok bekalan tenaga sekiranya berlaku kecemasan atau lebihan permintaan pada waktu tersebut.
"Justeru, pelaksanaan catuan bekalan elektrik pada hari ini diramalkan tidak akan berlaku.
“Sebagai makluman, waktu puncak semalam adalah pukul 4.00 petang dengan permintaan tenaga maksima sebanyak 1,040MW.
"Walau bagaimanapun tidak ada catuan bekalan seperti yang diramalkan,” jelas Adrian.
Untuk rekod, Pengendali Sistem Grid atau Grid System Operator (GSO) merupakan sebuah jabatan dalam SESB yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sistem grid dengan cara yang selamat, terjamin, sentiasa stabil, dan ekonomi.
Jabatan ini akan memberikan ramalan bekalan tenaga dan catuan elektrik pada setiap Isnin hingga Jumaat untuk rujukan pengguna dan pemegang taruh SESB.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

