Bekalan gula di Sandakan cukup: KPDN

22 Aug 2023 • 4:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan mengesahkan bekalan gula di daerah ini mencukupi untuk menampung keperluan rakyat setempat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan, Azdy John berkata demikian selepas pihaknya memeriksa bekalan gula di lima gudang pemborong utama di daerah ini bagi mengetahui data sebenar bekalan semasa.

“Saya bersama pasukan menjalankan pemeriksaan bekalan ini setiap hari agar bekalan ini sampai ke pengguna secara menyeluruh.

“Jumlah bekalan gula di lima pemborong utama Sandakan adalah 508.7584 tan metrik pada masa sekarang,” katanya kepada media selepas melakukan pemeriksaan tersebut, pada Isnin.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Tambahnya, bekalan gula tersebut mampu menampung keperluan pengguna di Sandakan, menambah KPDN Sandakan sentiasa memantau keberadaan bekalan barang perlu bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan.

Sementara itu, Azdy turut menasihatkan peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan jangan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

“Kepada pengguna pula, belilah mengikut keperluan dan sekiranya sukar untuk mendapatkan bekalan, sila hubungi KPDN Sandakan pada talian 089-668107,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Azdy juga memberikan amaran kepada peniaga dan pembungkus semula barangan asas di daerah ini agar melakukan pembungkusan secara beretika dan jujur bagi mengelakkan tindakan tegas dikenakan ke atas pesalah yang menyeleweng bekalan bersubsidi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.