
SANDAKAN: Sandakan mempunyai sejumlah 490.184 metrik tan bekalan gula.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan, Azdy Zukkry John, berkata, pengguna di sini tidak perlu risau memandangkan kerana bekalan gula buat masa ini mencukupi.
Katanya, menerusi pemeriksaan ke atas tiga gudang pemborong gula di sini, pihaknya mendapati bekalan gula mencukupi dengan salah satu premis itu baru saja menerima 13 kontena gula.
Azdy berkata demikian dalam kenyataan di sini selepas membuat pemeriksaan bekalan gula di ketiga-tiga gudang pemborong gula di daerah ini, Selasa.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Beliau turut membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah pasaraya di Bandar Sandakan.
“Kita mendapati bekalan gula dan minyak masak paket juga mudah diperolehi dan tiada sebarang pembelian panik dalam kalangan pengguna,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

