
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan mengesahkan bekalan barang kawalan iaitu gula dan minyak masak bersubsidi adalah mencukupi dan tidak ada pembelian luar biasa, di sini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Azdy Zukkry John berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas barang-barang kawalan terutamanya gula dan minyak masak bersubsidi di peringkat pengilang (repackers), pemborong dan peruncit di sekitar kawasan tumpuan utama pengguna di daerah ini pada 27 Februari lalu.
“Pemeriksaan di salah sebuah syarikat pemborong mendapati mereka menerima bekalan gula sebanyak 84 metrik tan dan dijangka akan menerima lagi 48 metrik tan gula pada 28 Februari.
“Pemeriksaan di salah sebuah pasar raya tumpuan pengguna daerah ini juga mendapati masih terdapat bekalan minyak masak bersubsidi berjumlah 3.568 metrik tan,” katanya dalam kenyataan, Rabu.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Azdy menambah, ekoran bulan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri bakal tiba, pihaknya juga akan terus membuat pemantauan dan pemeriksaan bekalan barang keperluan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di daerah ini.
Katanya, pemantauan harian oleh Pegawai Pemantau Harga di dua pasar basah, empat pasaraya besar, tiga pasar raya dan sebuah kedai runcit di sini juga mendapati setakat ini tidak berlaku pembelian panik.
KPDN Sandakan, katanya, juga telah melantik 33 peruncit daerah terpilih (DDR dan lima pemborong daerah terpilih (DDW) bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di daerah ini, katanya.
Mini stok untuk gula dan minyak masak bersubsidi di setiap pemborong gula dan pengilang juga diwujudkan bagi menjamin bekalan yang berterusan kedua-dua barang kawalan terbabit di Sandakan, katanya.
Sepanjang Januari hingga kini, KPDN Sandakan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,400 premis perniagaan di bandar dan luar bandar.
Sebanyak 25 kes telah dihasilkan dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM205,288.15, membabitkan kompaun yang dibayar berjumlah RM3,100.
Selain itu, sepanjang tempoh sama sebanyak 26 aduan telah diterima dan 22 aduan telah diselesaikan, manakala baki empat lagi aduan sedang dalam siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

