Bekas ADUN Permas meninggal dunia

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 12:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Che Zakaria meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, 64, meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Isnin.

Berita kematian ADUN itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hasan dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Johor disifatkan sebagai seorang sahabat dan pemimpin yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

"Amanah Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

"Marilah kita bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Permas bagi penggal 2018-2022, selain aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat setempat di Johor Bahru.

Bekas ADUN Bersatu itu mengumumkan menyertai Amanah pada Julai 2022. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved