Bekas ADUN Permas Che Zakaria Mohd Salleh Meninggal Dunia

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 12:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

JOHOR BAHRU (Bernama) — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, 64, meninggal dunia kira-kira 9.50 malam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Berita kematian ADUN itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Aminolhuda Hasan dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Johor disifatkan sebagai seorang sahabat dan pemimpin yang banyak menabur bakti kepada masyarakat.

“Amanah Johor merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

“Marilah kita bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Beliau berkata maklumat lanjut berhubung pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai ADUN Permas bagi penggal 2018-2022, selain aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat setempat di Johor Bahru.

Bekas ADUN Bersatu itu mengumumkan menyertai Amanah pada Julai 2022.

Sumber: BERNAMA