Bekas ADUN Seberang Jaya meninggal dunia akibat kanser

LocalPolitics
13 Apr 2025 • 11:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Allahyarham Dr Radin Muhamad Amin meninggal dunia akibat kanser pada usia 71 tahun di Hospital Bukit Mertajam pada Ahad.

BUTTERWORTH - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir meninggal dunia akibat kanser di Hospital Bukit Mertajam, pada 6.55 pagi Ahad.

Berita pemergian Dr Radin Muhamad Amin, 71, disahkan menantunya Danial Sulaiman, 38, dan memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.

"Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Al Muhajirin Bandar, Seberang Jaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Muhajirin, Bandar Seberang Jaya selepas solat zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lapan anak dan 18 cucu.

Dr Radin Muhamad Amin berkhidmat sebagai ADUN Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved