Murid PASTI Meninggal Dunia, Ramai Sebak Rakan2 Ziarah Berdiri Keliling Jenazah

LocalFamily & Parenting
13 Apr 2025 • 8:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

@cikgusalamiahmohdnor

Memberi penghormatan terakhir buat Adik Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi, pelajar PASTI Aqliah, Temerloh. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin. Takziah kepada keluarga, semoga diberikan ketabahan dan kesabaran atas kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah. #TemerlohSejahtera

♬ Ibu Dan Ayah Lagu Kedua Orang Tua – Lani Satria

Murid PASTI meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan

Menerusi video yang dikongsi guru mereka di TikTok, dapat dilihat murid-murid yang mungkin sebahagian mereka masih belum sepenuhnya faham akan kehilangan berdiri di keliling jenazah rakan mereka yang sedang diuruskan di masjid.

Menurut kapsyen yang dikongsikan, allahyarham Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi yang merupakan pelajar sekolah PASTI Aqliah telah meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

image is not available

Murid PASTI meninggal dunia, rakan2 datang dengan guru

Kehadiran rakan-rakan bersama tenaga pengajar adalah sebagai tanda penghormatan terakhir dan berdoa agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Memberi penghormatan terakhir buat Adik Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi, pelajar PASTI Aqliah, Temerloh,” tulisnya.

Sedih tengok kawan2 datang

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing sebak melihat momen kanak-kanak dari sekolah terbabit berwajah sugul melihat rakan mereka yang sudah tiada.

Mereka juga mendoakan agar roh allahyarham adik Yusuf Al-Amin ditempatkan dalaman kalangan orang beriman dan berharap supaya ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.

 

image is not available

Kawan2 berdiri keliling jenazah tu buat sebak sangat

image is not available

Berlari-larilah di taman syurga dik

image is not available

Kehilangan insan terdekat sememangnya cukup menyedihkan lebih-lebih lagi apabila pemergiannya berlaku secara mengejut.

Semoga ahli keluarga sabar dengan dugaan yang diberikan Allah S.W.T kepada mereka. Salam takziah.

Sumber: TikTok cikgusalamiahmohdnor