Bekas ADUN Tambun Tulang meninggal dunia

22 May 2023 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Allahyarham Ismail meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang hari ini.

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Bekas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang hari ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga abang kepada Ismail, menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut Shahidan, Ismail yang juga adik bongsu beliau meninggal dunia pada 2.45 petang tadi.

Ismail, 63, pernah menjadi ADUN Tambun Tulang selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan PRU14.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Arau dari 2008 hingga 2013. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved