Bekas Ahli Kumpulan Popular Umum Akan Bersara Dari Dunia Selebriti Untuk Jadi Pengarah Filem

15 Jun 2024 • 11:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai kan yang kenal kumpulan WANNA ONE yang debut pada 2017 dahulu?

Terbaru pada 14 Jun, bekas ahli WANNA ONE iaitu Lai Guanlin mengumumkan persaraannya dari dunia selebriti. Menerusi laman Weibo, lelaki itu berkongsi bahawa dia telah memutuskan untuk menukar laluan kerjayanya selepas melakukan banyak pertimbangan.

Walaupun dia tidak menyatakan hala tuju kerjaya barunya nanti, peminat membuat spekulasi bahawa Lai Guanlin akan meninggalkan kehidupan idola untuk menjadi pengarah filem.

image is not available

Meskipun kecewa namun ramai peminat menghormati keputusannya dan akan terus setia memberikan sokongan dalam kerjaya barunya nanti.

Selamat maju jaya Lai Guanlin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.